Toyota Kijang

Toyota Kijang
Maklumat
PengilangToyota Astra Motor, Indonesia
Kuozui Motors, Taiwan
Juga dikenaliInnova/Revo/Tamaraw (Filipina)
Zace (di Taiwan dan Vietnam)
Innova/Unser (di Malaysia)
Qualis/Innova (di India)
Stallion/Condor (di Afrika)
Venture
Kijang Innova
Pengeluaran1977-sekarang
PenggantiToyota Kijang Innova (generasi V)
PenghantaranManual 4 percepatan
Manual 5 percepatan
Otomatis 4 percepatan
Otomatis 6 percepatan
BerkaitMitsubishi Kuda
Isuzu Panther

Toyota Kijang awalnya adalah model kenderaan niaga yang kemudian bertukar menjadi kereta keluarga buatan Toyota, dan merupakan kenderaan paling popular untuk kelas bas mini di Indonesia. Toyota Kijang hadir di Indonesia sejak tahun 1977 dan pada masa ini merupakan salah satu model Toyota yang berjaya secara komersial sampai sekarang. Sehingga pelbagai varian dan generasi kereta ini boleh didapati dengan mudah di seluruh pelosok Indonesia.

Kejayaan Toyota Kijang telah memberi kesan dengan kemunculan kereta-kereta sejenis yang meniru konsep daripada Toyota Kijang (terutama dari segi nama haiwan), misalnya Isuzu Panther dan Mitsubishi Kuda serta Daihatsu Zebra. Selain di Indonesia, sebelum hadirnya generasi "Innova", Toyota Kijang juga dijual di Malaysia dengan nama "Unser", Filipina (Toyota Tamarraw / Revo), Taiwan (Toyota zace surf), Vietnam (Toyota zace), India (Qualis) dan Afrika selatan (Toyota Condor Hi-Roof)



From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy